Sayang Pok Pai (album Abot)
Sayang Pok Pai (album Abot)

Sayang Pok Pai (album Abot)

Sayang Pok Pai merupakan album studio ketiga bagi penyanyi alternatif wanita, Abot yang dikeluarkan pada tahun 2002. Ini merupakan album pertama Abot yang bernaung di bawah label New Southern Records (NSR). Ia diterbitkan oleh Soon bersama Abot sendiri. Ia juga merupakan album kemunculan semula selepas beliau berehat untuk beberapa tahun selepas pelancaran album keduanya, Tak Tahu?.Album ini memuatkan 10 buah lagu dan single utama, Kasih Mu menjadi taruhan Abot. Lagu ini bergenrekan balada dan ia berunsurkan ketuhanan dan kerohanian.